Home » , , » Ciri - Ciri Burung Murai Kampung

Ciri - Ciri Burung Murai Kampung

Written By gara on Thursday, January 23, 2014 | Thursday, January 23, 2014

Burungzoo.com

Ciri - Ciri Burung Murai Kampung 


Burung Murai Kampung


Burung Murai Kampung (bahasa Inggeris: "Magpie Robin") (Copsychus saularis) ialah burung passerine kecil yang dahulunya dikelaskan sebagai ahli Thrush keluarga Turdidae, tetapi kini dianggap sebagai penangkap lalat Dunia Lama ("Old World flycatcher"). Ia merupalan burung menonjol dengan warna hitam putih dengan ekor yang menegak ketika ia mencari makan di tanah atau bertenggek dengan jelas. Taburan di kebanyakan benua India dan sebahagia Asia Tenggara, ia merupakan burung biasa di taman bandar dan juga di hutan. Ia dikenali bagi nyanyiannya dan pernah popular sebagai burung berlagu.  

Burung Murai Kampung ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung Murai Kampung mempunyai paruh tanpa gigi.Jantung Burung Murai Kampung terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Sebagai burung, Burung Murai Kampung membiak dengan cara bertelur.Sarangnya biasanya boleh ditemui di ranting-ranting pokok yang sederhana tinggi. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya. Dimasa ini juga, Burung Murai Kampung boleh dibiakan di dalam kurungan yang sesuai keluasannya agar Burung Murai Kampung boleh berasa selamat untuk membiak.


  • CIRI-CIRI
Bagi burung jantan dewasa agak besar dan mempunyai ciri yang ketara iaitu bahagian kepala, bahagian atas badan dan bahagian dada atas yang berwarna hitam berkilat, manakala bahagian bawah dada hingga ke bawah tongkeng, jalur lebar pada sayap dan bulu ekor sebelah bawah adalah berwarna putih. Panjang keseluruhan burung ini adalah di antara 19.0-21.0 sm. Berat 36.8-41.0 g.


  • MAKANAN
Serangga dan haiwan invertebrata.

  • HABITAT
Ia mendiami kawasan taman, kawasan bandar dan pertanian, kawasan terbuka yang mempunyai dirian kayu, kawasan paya bakau, kawasan hutan sekunder, hingga ke ketinggian 1,830 m dari aras laut. Tetapi kebanyakannya boleh ditemui di ketinggian bawah 1,000 m dari aras laut.

  • BUNYI
Spesies ini mengeluarkan bunyi kicauan yang pelbagai seperti si-or, sui-i (bunyi meningkat), su-u (bernada rendah), atau che'e'e'e'h (ketika merasa terancam).

  • PEMBIAKAN
Musim membiak bagi spesies ini adalah dari bulan Januari hingga September setiap tahun dan tidak terhad kepada satu eraman sahaja. Burung betina mampu menghasilkan 3-5 biji telur di dalam sarang yang terletak di dalam lubang pokok, tepi sungai, bangunan, atau di pokok palma, rumpunan bambu, sehingga 18 m dari aras tanah. 

smbr:wikipedia

Salam Burungzoo

0 komentar:

Post a Comment

Artikel Populer

Powered by Blogger.